Bilakah masa yang sesuai untuk deep talk?
Elakkan masa seseorang penat, lapar atau sedang tergesa-gesa. Cari 20 minit yang tenang dan setuju awal-awal bahawa mana-mana soalan boleh di-skip.
Mulakan dengan satu soalan tentang minggu ini sebelum menyentuh topik lama atau sensitif.
Soalan jenis apa yang membuka cerita?
Tanya tentang perkara kecil yang buat hubungan rasa seronok, perhatian yang paling dihargai atau sesuatu yang pasangan sedang nanti. Soalan berasaskan pengalaman biasanya lebih mudah daripada “apa masalah kita?”.
Bila pasangan menjawab, ulang semula apa yang awak faham sebelum memberi pandangan sendiri.
Bagaimana berhenti dengan baik?
Jika nada berubah atau salah seorang mula defensif, pause. Ucap terima kasih untuk perkara yang sudah dikongsi dan sambung pada masa lain. Deep talk yang selamat tidak perlu diselesaikan dalam satu malam.
Semua soalan boleh di-skip. Jawapan disebut secara lisan dan tidak disimpan oleh Bualora.