Apakah reset paling cepat?

Sebut apa yang semua orang boleh nampak: makanan atas meja, lagu yang sedang main atau plan selepas ini. Tukar pemerhatian itu kepada pilihan dua hala.

Contohnya, “kalau sambung lepak, korang pilih mamak atau jalan cari dessert?”. Soalan kecil lebih mudah mengembalikan rentak.

Bagaimana guna game tanpa rasa dipaksa?

Cadangkan tiga pusingan sahaja dan pilih deck Parti Lepak atau Lawak Rawak. Seorang baca, semua jawab ringkas, kemudian telefon bergerak.

Jangan paksa orang paling senyap menjawab dahulu. Beri contoh dengan jawapan awak sendiri supaya cara main nampak selamat.

Bila patut biarkan senyap?

Tidak semua senyap perlu diperbaiki. Jika semua orang nampak relaks, senyap itu mungkin rehat. Gunakan game hanya bila kumpulan memang mahu sesuatu untuk dibuat bersama.

Semua soalan boleh di-skip. Jawapan disebut secara lisan dan tidak disimpan oleh Bualora.

Cuba deck yang sesuai